proses menanam padi sawah

Padi merupakan tanaman utama di Malaysia memandangkan ia adalah makanan utama rakyat di Negara ini.C ara penanaman padi adalah pelbagai. Biasanya padi ditanam samaada ditanam di kawasan bukit ataupun kawasan tanah rendah iaitu sawah. Kali ini, Penulis akan menulis cara penanaman padi sawah berdasarkan pengalaman sendiri. Proses menanam padi sawah adalah lebih mudah berbanding dengan penanaman di kawasan tanah bukit. Berikut adalah proses bagi padi sawah: 1. Sebelum membajak tanah sawah. benih padi haruslah disemai terlebih dahulu di satu kawasan berasingan. 2. Proses membersihkan dan membajak sawah adalah perkara kedua yang harus dibuat samaada menggunakan peralatan tradisional (Lembu/kerbau + bajak) ataupun menggunakan jentera. Tetapi biasanya zaman kini semua pesawah menggunakan jentera pembajak. 3. setelah sawah dibajak dan dialiri air, maka proses memindahkan padi yang telah disemai,ditanam ke dalam petak sawah dengan menggunakan tenaga manusia, secara tersusun dan berj...