proses menanam padi sawah
Padi merupakan tanaman utama di Malaysia memandangkan ia adalah makanan utama rakyat di Negara ini.Cara penanaman padi adalah pelbagai. Biasanya padi ditanam samaada ditanam di kawasan bukit ataupun kawasan tanah rendah iaitu sawah.
Kali ini, Penulis akan menulis cara penanaman padi sawah berdasarkan pengalaman sendiri.
Proses menanam padi sawah adalah lebih mudah berbanding dengan penanaman di kawasan tanah bukit.
Berikut adalah proses bagi padi sawah:
1. Sebelum membajak tanah sawah. benih padi haruslah disemai terlebih dahulu di satu kawasan berasingan.
2. Proses membersihkan dan membajak sawah adalah perkara kedua yang harus dibuat samaada menggunakan peralatan tradisional (Lembu/kerbau + bajak) ataupun menggunakan jentera. Tetapi biasanya zaman kini semua pesawah menggunakan jentera pembajak.
3. setelah sawah dibajak dan dialiri air, maka proses memindahkan padi yang telah disemai,ditanam ke dalam petak sawah dengan menggunakan tenaga manusia, secara tersusun dan berjarak secara teratur bagi membolehkan padi tumbuh dengan subur.

4.Setelah semua petak sawah penuh ditanami padi, ia akan dibiarkan beberapa hari untuk akar pulih dari gangguan semasa proses pemindahan.Bagi pokok padi yang tidak tumbuh ataupun kering, ia harus diganti agar kawasan itu tidak kosong.
5.padi yang ditanam harus diawasi daripada kekeringan air sawah dan daripada serangan serangga perosak.siput gondang Emas adalah musuh utama tanaman ini pada peringkat pertumbuhan. racun siput akan di tabur bagi memastikan padi sihat daripada serangan siput ini.
6.setelah padi berusia 3 bulan,maka akan kelihatan pdi mula berbunga untuk menghasilkan buah. pada peringkat ini, wangi padi mula semerbak.
7.padi yang berusia 4-5 bulan, sudah mengeluarkan biji yang matang dan hanya menunggu untuk bertukar warna kekuningan/emas untuk sedia dituai.
8. proses menuai pula akan dilakukan secara bergotong royong bagi mempercepatkan proses menuai sebelum tangkai padi menjadi reput lalu jatuh ke tanah atau pun sebelum dituai oleh sang tikus/burung. setelah padi dituai, padi akan dipisahkan dari tangkai menggunakan mesin ataupun secara tradisional.
perkara paling seronok dalam proses menanam padi ialah keseronokan bergotong royong dan menikmati padi sendiri hasil jerih payah serta menikmati pemandangan dan aktiviti di sawah.Bagi yang sentiasa stress di pejabat disarankan menikmati pemandangan hijau di sawah di samping bolehlah ikut serta melakukan aktiviti ini sebaga iterapi stress.. Penulis menulis jurnal menanam padi ini untuk mengongsikan proses penanaman padi secara kecil-kecilan(bukan untuk komersial).Berikut adalah gambar aktiviti penulis di sawah padi.

![]() |
proses menanam padi dalam petak sawah |

4.Setelah semua petak sawah penuh ditanami padi, ia akan dibiarkan beberapa hari untuk akar pulih dari gangguan semasa proses pemindahan.Bagi pokok padi yang tidak tumbuh ataupun kering, ia harus diganti agar kawasan itu tidak kosong.
![]() |
akar padi telah pulih dan daun mula hijau |
5.padi yang ditanam harus diawasi daripada kekeringan air sawah dan daripada serangan serangga perosak.siput gondang Emas adalah musuh utama tanaman ini pada peringkat pertumbuhan. racun siput akan di tabur bagi memastikan padi sihat daripada serangan siput ini.
6.setelah padi berusia 3 bulan,maka akan kelihatan pdi mula berbunga untuk menghasilkan buah. pada peringkat ini, wangi padi mula semerbak.
7.padi yang berusia 4-5 bulan, sudah mengeluarkan biji yang matang dan hanya menunggu untuk bertukar warna kekuningan/emas untuk sedia dituai.
8. proses menuai pula akan dilakukan secara bergotong royong bagi mempercepatkan proses menuai sebelum tangkai padi menjadi reput lalu jatuh ke tanah atau pun sebelum dituai oleh sang tikus/burung. setelah padi dituai, padi akan dipisahkan dari tangkai menggunakan mesin ataupun secara tradisional.
![]() |
padi yang subur tetapi belum berbuah |
![]() |
sawah padi - padi akan berbuah tak lama lagi |
![]() |
padi sudah berbuah menunggu masak |
![]() |
2 jenis padi yang berbeza rasa dan bau wangi |
![]() |
mengetam padi yang telah masak |
![]() |
padi yang telah dituai dimasukkan dalam karung |
![]() |
memisahkan padi dari tangkai secara tradisional. dipukul menggunakan kayu. |
![]() |
tangkai diasingkan |
![]() |
mengasingkan tangkai bukan perkara yang mudah. kepala dan hidung harus dilindungi daripada miang padi. |
![]() |
masih terdapat sedikit biji pada tangkai akan dipisahkan dengan cara ini |
![]() |
menampi untuk memdapatkan padi yang berisi penuh sahaja |
![]() |
padi yang telah bersih.. disini ada 3 jenis baka padi. |
perkara paling seronok dalam proses menanam padi ialah keseronokan bergotong royong dan menikmati padi sendiri hasil jerih payah serta menikmati pemandangan dan aktiviti di sawah.Bagi yang sentiasa stress di pejabat disarankan menikmati pemandangan hijau di sawah di samping bolehlah ikut serta melakukan aktiviti ini sebaga iterapi stress.. Penulis menulis jurnal menanam padi ini untuk mengongsikan proses penanaman padi secara kecil-kecilan(bukan untuk komersial).Berikut adalah gambar aktiviti penulis di sawah padi.
Comments
Post a Comment