Ada Apa yang menarik di Krabi?

Saya tulis apa yang mungkin saya akan lupa.

Lawatan menimba pengalaman ke Krabi 14-17 Mac 2019


Percutian pertama kali ke Krabi Thailand 13-17 Mac 2019.
Sendiri-sendiri konon ni kami atur tour kami 3 Orang saja bei sebenarnya 4org tapi yg 1 last minute ada problem. Semua sumandak Sabah.
belakang kami Maya Beach

Day 1:    Flight KKIA –KLIA (8.50-11.30pm)- kami tidur di Airport hehe..
Day 2:    Flight KLIA-KRABI (7.25am-7.30am{+1hourlocal time)
8.40am:  Cari Tour counter (buat planning tour terbaik utk 3days), tempat tinggal dah atur siap2 sebelum dtg ke Krabi.
                -Beli SIM tempatan
9.00 :     ke Hotel Vipa Tropical @Ao Nang dgn private car yg diatur oleh travel tour.
              20 Minit pjlnn dari airport.
                -check in hotel , dan siapkan diri untuk aktiviti.

siurang punya private room.

mcm 1 buah rumah la.
10.00am – ke pekan Ao Nang cari Sarapan sbab blm mkn pagi lgi. Free transport by hotel. Lepas sarapan barulah ke terminal Boat utk beli tiket pegi&balik ke Railay Beach by Long Tail Boat (tiket bath 200 pegi-balik.)
nyum2 tomyam-sarapan dulu sebelum ke Railay Beach
kobihis ba nmpak

lepas beli tiket. so tunggu giliran boat.
ok.long tail boat is ready.
sempat lagi bgmbar.
ambil peluang brgmbr dlm boat.
taaadaaa.. sampai Raily Beach.

Aktiviti: jalan2 round cuci mata, ambik gmbr, menikmati alam semulajadi.
Apa yang ada di sana:Entrnce Free, jualan Makanan & minuman, Bar, Restaurant,ATM, Farmasi, Gua2, hiking ke puncak bukit utk tengok pmndgnn,SPA, Rock Climbing, boleh mandimanda.(awas jellyfish@obor2)& boleh cari aktiviti yg sesuai dgn diri.

malas nak tunggu masa happy hour


batu kapur

keliling pulau 

habis 1 pulau tu kami round. 
Avatar Railay


tunggu boat mau balik Ao Nang
gua- tapi tak nak masuk.
boat2 jual makanan

3.00pm. balik ke pekan Ao Nang. Jalan2 cari mkn, shopping utk aktiviti esoknya dan balik ke hotel dgn kenderaan Tuk-Tuk 60bth/person.

ini la kenderaan Tuk tuk
4.50 : mandi pool dkt Hotel. Then, urus diri, tido kejap & bersiap utk keluar dinner.
dibelakang mereka tu pool.
6.00 pm :bjln kaki ke food Sreet @pekan Ao Nang.sampai dlm 8minit.di sini banyak gerai mknan Halal.
8.00pm balik dgn pendapatan di walking steet.. mkn rest dan tidur.


Day 2 >PHI PHI ISLAND MISSION.
muka kena sunburn

Bercuti ke Krabi rugi kalau tak ke lokasi ini tau.Mesti pakaian yang sesuai untuk masuk air. Paling PENTING masukkan semua harta mustahak dalam beg kalis air ya.
8.00am: Check Out dari Hotel Vipa Tropical. Transport untuk Ke Phi Phi sudah menunggu & Bertolak 8.30am dr Hotel. Tiba di meeting point(M.P)  utk bertemu dengan Guide dan membayar 400bath untuk national park entrance fee. Sempat membeli sarapan dekat M.P itu untuk bekalan pjalanan.
9.10am selepas taklimat Guide kami dari SEA EAGLE TOUR bergerak ke speed Boat mereka yg trletak 300 meter dari M.P. Nampaknya cuaca kami agak baik namun panas sedikit sebab musim kemarau.
Sempat Selfie/wefie dlm speedboat dengan geng2 dlm perjalanan 20minit ke Bamboo Beach. Kami diberi masa 1jam untuk mandi manda di Bamboo beach. Di sana ada kami tak mandi sebab ada beberapa tempat lagi peluang mandi manda. So, kami sarapan makanan yang kami beli di gerai tadi.
Bamboo Beach
Kami jalan2 menikmati pemandangan sambil mengambil gambar2 kenangan di tempat yang indah itu. Di situ ada kemudahan asas spt tandas meja2 untuk berehat, dan ada gerai makanan. Di sini saya kehilangan sunglass saya yg tersayang,...huhuu. balik ke Boat dan bertolak ke pantai yang seterusnya.






Hin Phae
Hentian kedua ialah Hin Phae dalam 15 minit dari Bamboo. Disini aktiviti kami ialah Snorkeling. Segala kelengkapan adalah disediakan oleh Tour agent.Aku yang x pandai mengapung diri terpaksa guna life jacketla. Diberi masa selama 40minit disini,kemudian kami bertolak ke pantai seterusnya iaitu Monkey Beach dalam 5 minit speedboat.


Monkey beach kami tidak dibenarkan membawa beg tapi kami bawa juga la beg penting yg berisi passport, hp, dan dompet. Memang benar seperti yang dijelaskan oleh guide, monyet di sini pantang nampak beg pasti akan jadi focus untuk mendapatkan makanan. Kejadian pelancong kena panjat badan dan beg yang diletak dlm bananabot hampir2 dicuri nasibla pemilik Nampak.disini kami bergambar2 saja.


Monkey beach



















Hentian keempat ialah Phi Phi Don. 15 minit dari monkey beach. Disini kami berhenti untuk makan tengahari selama 1jam20 minit. Sempat bergambar2 di pantai sementara menunggu ahli tour yang lain.

Phi Phi Don



















Kemudian kami meneruskan perjalanan ke  destinasi seterusnya iaitu Maya Bay ataupun lokasi pergambaran filem ' The Beach" . Disini kami tak bernasib baik kerana musim kemarau maka resort ini ditutup sementara oleh pengusaha kerana keadaan cuaca yang terlalu panas. Kami dibenarkan menangkap gambar sahaja.
Maya Beach














Kami meneruskan perjalanan ke perhentian seterusnya iaitu Viking Cave. Sekali lagi kami kecewa kerana tempat ini sedang dalam penyelengaraan. Jadi kami meninjau dari boat saja. Menurut guide, tempat ini bakal dimajukan dan akan ada restaurant nanti. Guide itu juga menjelaskan bahawa gua ini dihuni oleh orang. Malangnya kami Cuma melihat di luaran saja.

Viking Cave

perjalanan diteruskan ke destinasi yang ke7 iaitu Ao Pileh( Blue Lagoon). Disini adalah tempat mandi manda sebelum bertolak balik ke Ao Nang. Airnya sangat jernih kebiruan. Kami dilepaskan untuk mandimanda selama 1 jam.Rileknya mandimanda dengan menggunakan life jacket (bagi yang tak pandai berenang heheh..) sambil menikmati suasana air jernih yang sejuk.
Ao Pileh( Blue Lagoon)
Di sini kawan saya terkena obor2 nasib tidak teruk. Diberi rawatan oleh guide dengan menggunakan cuka. Seorang pelancong yang lain juga jadi mangsa namun semuanya dalam keadaan terkawal.











Kami mulai bertolak balik ke Starting point pada jam 3.50pm dan tiba di Ao Nang  45minit kemudian. Pengangkutan ke Hotel sudah bersedia membawa kami ke View Son Resort di Ao Nang.

dekat view son

menikmati sunset d pantai

the sunset

merayau di night market

Day 3>
Sini pun : rugi kalau tak ke lokasi ini tau.Mesti pakaian yang sesuai untuk masuk air. Paling PENTING masukkan semua harta mustahak dalam beg kalis air ya.

Check Out 8.30 am dari View Son Resort untuk meneruskan misi hari ke-3 kami.
8.40am driver tiba untuk membawa ke destinasi kami pada hari ini iaitu:
hot spring

tahan betul mereka berendam di botung yg panas

siok la bersauna sana.
Station pertama kami ialah Krabi Hot Springs (Klong Thom). Nak tau lebih pasal tempat ni sila ke
Read more at:
http://www.krabi-hotels.com/seedo/klong-thom-hot-springs.htm?cid=ch:OTH:001
Di sini kami diberi masa dalam sejam untuk mandimanda.. sebenarnya setiap pengunjung hanya dibenarkan berendam selama 10-15minit sahaja demi untuk keselamatan sebab air di sini agak panas juga. Ia mengambil beberapa minit untuk badan kita menyesuaikan dengan suhu air itu. 30-40drjh Celsius. berendam

jalan kaki ke Emerald Pool. 

peta perjalanan ke Emerald Pool.jauh juga sempat lapar.

di lokasi

bergamabar sebelum keluar

Station kedua ialah Emerald Pool yang unik.
Dari stesen pertama tadi, dengan pakaian yang sama masih basah2 kami meneruskan perjalanan dari tempat parking dengan berjalan kaki sejauh lebihkurang  900meter ke lokasi sebenar kolam unik ini. Yuran masuk dah dikira dlm tour pakej kami so saya tak tau berapa entrance kena bayar.
Gambar berbicara
aksi sawadikap tu gajah

bagi gajah makan


gajah terlatih

Station/aktiviti terakhir pada hari ini ialah : Elephant Trekking
Saya tak berapa pasti nama lokasinya  tapi yang saya tau ia adalah sebuah kebun kelapa Sawit yang sederhana dan nampaknya tidak berapa mengeluarkan hasil. Rasanya pokok sawit itu dikhaskan untuk habitat Gajah2 ini mendapatkan sumber makanan. Gajah gajah di sini sangat jinak dan terlatih.
                                                                                                 

di bandar Krabi
Kira2  3.30pm kami mulai bergerak balik ke hotel di Bandar Krabi kali ini dengan misi mengunjungi Pasar Malam pada sebelah malam ini. Ini adalah aktiviti shopping sebelum balik pada esoknya.
bertolak awal pagi ke airport Krabi-KL-KK.
Perbelanjaan percutian dalam lebihkurang RM1500.00 seorang (Tiket Kapal,Hotel,Makan,transport semasa  Krabi,shopping sikit2 dan pakej tour 3 hari. )

Om iri -iri noh.. 

Comments

Popular posts from this blog

proses menanam padi sawah

Tips persediaan mental & fizikal ku untuk masuk ward