Tips persediaan mental & fizikal ku untuk masuk ward

sometime my memory can't hold some memories longer.
so here i write:
untuk personal jurnal saja.
jika ada yang suka boleh baca juga.


pengalaman pertama dimasukkan ward.
selalu juga sakit tapi x pernah sampai warded.
penulisan saya kali ini lebih kepada apa yang saya alami dan juga mungkin ada tips yang berguna untuk para pembaca blog saya.

Mungkin tips ini terpakai/sesuai untuk kes bukan kritikal/emergency dan daycare warded saja macam saya ya.

buka cerita..
Simptom pertama dialami 5 tahun lalu namun baru April tahun ini ada kekuatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di swasta dan dapatan/diagnosis daripada itu saya berhadapan dengan 1 proses pembedahan( tak perlulah saya nyatakan di sinikan pembedahan apa) akhirnya saya minta rujuk ke hospital kerajaan pada Mei untuk proses ini kerana tidak begitu mendesak masa untuk dilakukan.Pembedahan yang dikira Major operation juga la sebab perlu dibius penuh info lanjut bius https://en.wikipedia.org/wiki/General_anaesthesia 

prosedur perubatan 

setelah doktor memutuskan pembedahan akan dibuat,ada beberapa proses yang harus dilakukan:
1.ujian darah - ini saya tak nampak result entah kemana. should ada dengan pakar bius. tapi tak dapat dikesan. tidak apa.
2.X-ray bahagian paru-paru -penting untuk bius penuh sebab semasa dibius kita menggunakan bantuan oksigen yang disalurkan ke paru2. nasib paru2ku ok saja.
3.berjumpa dengan pakar bius - untuk sedikit pemeriksaan kesihatan bagi menentukan tahap kesihatan pesakit sebelum membuat pembedahan.pakar bius juga akan menerangkan :
3.1Apa yang berlaku semasa pembiusan,
3.2 risiko & kesan sampingan bius.
3.3 Yang perlu dilakukan oleh pesakit sebelum seminggu atau sehari sebelum masuk ward.

4.Masuk ward dan dibedah.- kes saya tidaklah urgent/kritikal maka doktor putuskan untuk rawatan sehari@ daycare.

Pakar bius terpaksa menunda pembedahan saya kerana mengalami tonsil bengkak dan demam selesma. sebulan kemudian pakar bius memeriksa kembali & akhirnya diluluskan untuk pembedahan. Oleh kerana faktor giliran (biasalah hospital kerajaan kan banyak pesakit dan kes2 kecemasan didahulukan) kes saya tidak urgent maka,sebulan kemudian barulah tiba giliran untuk pembedahan saya.

Persiapan mental dan fizikal

Dari mula mendapat diagnosis sehinggalah saat memasuki bilik bedah,saya menglalami pelbagai macam situasi perasaan. walau luarannya saya kelihatan ok dan tenang2 saja sebenarnya Saya mengalami stress, serangan anxiety, serangan panik,simptom awal kemurungan atau mild depression.
Ini biasa atau berpotensi dialami oleh semua pesakit.kejutan, ya siapalah juga mau sakit kan. sehinggalah pesakit itu benar-benar pasrah dan menerima keadaannya.
Paling penting adalah sentiasa positif, bertekad untuk sembuh dan cara kita berhadapan dengan semua ini.

tips saya:
1.pemakanan sihat.
Oleh kerana saya alahan makanan laut yg tidak segar, ada sedikit masalah kolestrol. saya cuba untuk mengawal kuantiti,jenis makanan, kurangkan minyak dan gula dalam makanan saya. cukupkan minum air tawar.sehinggalah sehari sebelum dimasukkan ward. diarah puasa 6 jam sebelum pembedahan.

2.Tidur sihat
Tidur juga sangat penting untuk dijaga. oleh kerana saya mengalami sleep disorder sejak dari bangku sekolah lagi maka bukan senang untuk memulihkan tidur yang dah rosak.
tabiat buruk ialah tidur berlebihan,lewat tidur lewat bangun, lewat tidur bangun awal.tidur kurang 4jam, asyik kerja kadang2 lupa mau tidur heheh, manakala aktif sepanjang hari. 
Sebenarnya usaha ini nekad saya mulakan sejak 2017 setelah mengalami kesihatan yang semakin memburuk terutamanya ingatan dan sakit kepala akibat dari tidur tidak pernah cukup.
So, target saya ialah tidur cukup 7-9 jam dan setiap hari saya biasakan ambil nap selepas lunch.siap buat reminder dan seting di hp untuk mengingkatkan diri.target yang tercapai 6-7 jam saja dan tak konsisten tapi banyak peningkatan kesihatan yang saya dapati. Malam sebelum masuk ward tu memang x lena la pula tidur2 ayam 4 jam saja .nervous hehe
waa.. panjang pula ulasan part ini.

3.kesihatan mental
Seperti yang saya nyatakan di atas orang yang berhadapan dengan sesuatu diagnosis yang dia tak sangka berpotensi untuk berada alam keadaan mental yang terganggu.Sedih,susah hati,takut,tidak bersemangat,cepat penat dan malas.Nasib belum sampai tahap putus harapan la.Namun jangan biarkan ia berterusan terganggu kerana semua itu tidak membawa kebaikan. Lebih baik fokus kepada apa yang kita mampu buat/ubah ke arah kebaikan. Bertekad.Tips no 2 banyak membantu untuk mengurangkan tahap stress. saya juga bersenam seperti jogging, hiking dan berjalan kaki ini baik untuk meningkatkan mood ,kekuatan cardio dan mengurangkan simptom depression. berusaha untuk mengembalikan kegiatan yang saya gemari walau kekadang badan tak terdaya. Doa juga banyak membantu saya untuk bangkit melawan segala yang saya alami.setiap hari saya mencari 1 ayat atau video motivasi.sentiasa fikir positif dan menjauhkan diri hal2 negatif. Paling penting juga sentiasa berhubungan dengan kawan2 rapat dan komuniti.

tips ini untuk yang kristian saja
1.Sembilan hari sebelum hari pembedahan, buat doa persiapan agar lebih bersedia dan tenang. Novena Kanak-kanak Yesus untuk permohonan khusus selama 9 hari *Katolik sahaja.* intensi kesihatan saya baik, kesihatan para doktor pakar, pembantu pembedahan & nurses yang bertugas dan juga peralatan yang diguna dalam keadaan serta berfungsi dengan baik.
2. Saya beruntung kerana dapat menghadiri Misa malam sebelum hari masuk ward.Assumption of Mother Mary. 15.8.19- ini menyumbang juga persiapan saya.
3.Bangun awal ke hospital dan semasa di ward saya meneruskan doa saya untuk mohon ketenangan dan kekuatan.Ingatkan diri,yakin kepada Tuhan dan para petugas. Saat proses bius dimulakan di bilik bedah saya menyeru nama Yesus (Dalam Hati saja) ikut rentak nafas saya sehinggalah saya tak sedar.

Lain-lain.
Saya memotivasi kan diri datang ke ward dengan berpakaian kemas dan cantik (dress sederhana) 
dan make-up la sikit2 (biasalah perempuan kan) supaya nampak ceria dan bukan muka sakit. * tak dibenarkan ada make-up & cat kuku masuk bilik bedah ya. sila tanggalkan sebarang perhiasan..
tapi tu nurse kan kasi ok saja saya. mungkin makeup sa hampir x kelihatan.. natural gitu.
selalu kena ingatkan sang otak semuanya akan ok supaya tu panik tak datang.
Terus fokus untuk aktiviti sehari ini saja. 
saya kurangkan layanan Hpone.ada la selfie dan kasi bunyi instrumental for relaxing.
Kena ikut semua prosedur yang diarahkan seperti puasa, dan mana-mana arahan di wad.
Di ward dan bilik bedah sangat sejuk. bagitau situasi kamu supaya team perubatan boleh bantu. 
saya beritahu sangat kesejukan so, nurse bagi 2 selimut.
Di bilik bedah lagilah sejuk mcm aisbok so pembantu pembedahan bagi satu selimut khas agar suhu pesakit tidak turun mendadak. sempat saya bergurau dengannya "sejuk tapi anggap saja saya konon berada di Korea."senyum lebar staf tu.
Cuba berbual2 dengan nurse supaya gementar berkurang.
Daycare akan dibekalkan makan lunch dan minum petang dan saudara boleh melawat bila2 masa.
so tak payah bawa banyak2 wang cukup utk membayar bil hospital.barang berharga jangan bawa ke hospital sebab tidak diguna juga. tanggal semua barang kemas di rumah. 
Barang2 pentingku (hp & dompet)  Nurse yang simpan dengan selamat.Tq

AKHIR SEKALI...

Semua yang saya kongsikan di atas sangat2 membantu sehingga Saya dapat berhadapan dalam saat sukar menghadapi proses pembedahan. Selesai sahaja pembedahan, pernafasan saya dipulihkan dan dibangunkan oleh team bius.Semuanya pulih mcam baru bangun dari tidur yg lena pula. tiada pengalaman yang buat saya trauma sebab semuanya berjalan lancar. Para doktor pakar bedah, pakar bius, pembantu pembedahan dan nurse semua baik dan ramah.Walau saya nampak mereka agak sibuk namun tetap komited dengan tugasan mereka tanpa mengira penat lelah. ada seorang nurse tu mcm demam tapi masi mampu tersenyum. Situasi lucu juga ada.2 Nurse org yang bertugas di daycare ward nak hantar saya ke bilik bedah di tingkat bawah, tapi lupa pula bawa pesakit(saya).siap bawa Patient Transport Trolley Bed sampai pintu keluar. itu pun nurse yg di kaunter sapa baru perasan. " mana patient kamu".. alamak teringgal masih baring di katil ward lalu kami semua ketawa terbahak2.
 Paling indah saya tidak mengalami mana-mana kesan sampingan bius seperti yang diterangkan oleh  pakar bius cuma ada luka tekak sikit semasa proses masuk tiub bantuan nafas ke paru2.Setelah tekanan darah normal dan para doktor periksa maka saya dibenarkan balik. So, semua proses dari ja 8.00 am - 4.30 pm saja. Dan saya tidak juga mengalami konplikasi luka dan setakat saya menulis blog ini saya belum mengambil ubat tahan sakit yang dibekalkan.Semuanya ok saja cuma menunggu untuk luka sembuh dan next visit untuk periksa luka.
Saya percaya itu semua hasil doa saya mahupun keluarga dan kawan-kawan . Bersyukur dan mahu mengongsikan pengalaman ini. ingat Doa itu berkuasa *walau apapun anutan kita.ingat fikiran yang positif juga sangat membantu.
" The Mind and body are not separeted.what affects the one, affects the other".


ok simpan la gambar kenang-kenangan sini.
1.awal sampai hospital.Sementara
keluarga yang menghantar sedang
sarapan. i selfie2 dulu sb i puasa.

2.Muka kesejukan baini.
tapi sempat mau senyum


3.Rest di katil ward sentara menunggu
giliran ke bilik bedah.
100% positif mind la konon ni



4. selepas dibedah dan sudah lunch,
tpi belum stabil BP.so sebelum sambung
tido kita snap pic dulu.

ini plastik apa?
biasa utk muntah akibat kesan
bius. tapi itu tidak berlaku
dgn saya.

Comments

Popular posts from this blog

proses menanam padi sawah

Ada Apa yang menarik di Krabi?