Menghasilkan sayur taugeh sendiri di rumah

 Taugeh merupakan sejenis sayur yang berwarna putih yang tumbuh berasal daripada biji benih kacang hijau. Walaupun ia kurang digemari terutama mereka yang tidak minat memakan sayuran, sayur ini mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.

Sebelum penulis mengongsikan cara-cara menghasilkan taugeh sendiri di rumah, mari kita tinjau apa ada dalam taugeh menurut : www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/05/6-manfaat-sayur-taugeh-ramai-tidak-tahu/ )  :

Manfaat Sayur Taugeh
1. Kaya protein
Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam.Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.
2. Kaya enzim
Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim.Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan.Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.
3. Kaya serat
Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya.
4. Kaya antioksidan
Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan.Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak.
5. Kaya asid lemak
Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak.Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja.Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?
6. Kaya vitamin

Taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B.Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet kita untuk lebih menggemari sayur taugeh?
CARA CARA MENANAM SENDIRI DI RUMAH
hasil 3hari penantian

(cara-cara @step melalui gambar)



kacang hijau direndam dgn air paip. Segenggam kacang = 1bungkus taugeh harga rm2 di pasar tu




setelah rendaman mencapai 8 jam. boleh la buat seperti gambar di atas. alaskan dengan sehelai kain atau tisu bersih berlapis2 dlm 5 helai begitu.

Tutup dengan kain putih atau tisu bersih (sama tebal dengan tisu alas di dasar) supaya biji benih tak berenang masa disiram.
siram kacang tadi dengan menjirus air di atas tisu lapisan atas. Letak mangkuk di dasar raga yang berisi kacang hijau supaya boleh tadah baki air siraman . 

Letak pemberat mengelakkan tunas kacang menjadi kurus dan tinggi. saya guna mangkuk kaca & ceramik sebagai pemberat di letak atas kacang . buka masa menyiram sahaja.
Tutup dengan kain hitam ,plastik hitam (supaya cahaya tak tembus masuk) atau apa-apa sahaja untuk mengelak tunas kacang menjadi hijau. letak di bawah sinki.
rupa bentuk DAY 2
Siram taugeh 2-3 kali sehari (siram di atas tisu)
Potong & buang bahagian akar
ini hasil taugeh dalam 3 hari..sedia untuk dituai.







Tadaaa..segar dari kebun bawah sinki..taugeh sedia untuk dimasak. 



Sekian perkongsian saya untuk cara membuat taugeh sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

proses menanam padi sawah

Tips persediaan mental & fizikal ku untuk masuk ward

Ada Apa yang menarik di Krabi?